Sunday 5 February 2012

Puak Fanatik Militan Hijau pasrael mencederakan Orang UMNO!


Seketika bersama-sama dengan masyarakat berketurunan Cina di Daerah Sik dalam program Makan Malam 1Malaysia berlangsung, aku mendapat tahu salah seorang orang kuat UMNO yang juga Ketua Cawangan diKampung Charok Sireh telah dipukul serta dicederakan oleh seorang lelaki kurang betul berfahaman pas.  Beliau berani melakukan demikian dengan bantuan kira-kira 20 orang lagi paria-paria jahalun pas.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam

Aku dapat rasakan gementar ahli-ahli bawahan pas totok diSik semenjak mereka mendengar ramai dari kalangan ahli-ahli mereka kini semkin tawar hati, keliru, kecewa dan jiwa semakin berkecamuk.   Malah ada yang sehingga membuat keputusan untuk meninggalkan pas.  Perkara meninggalkan pas dan menyertai UMNO bukanlah perkara baru didalam Parlimen Sik ini,.  Setiap hari setiap masa sentiasa aku terdengar, terserempak dan berjumpa ahli-ahli pas yang samada berura-ura untuk keluar dari pas, bercadang keluar dari pas dan terus mengambil keputusan KELUAR dari pas. Dan kesemua mereka yang berura-ura dan bercadangkeluar dari pas menunjukkan minat yang LUARBIASA untuk menyertai UMNO!

Buktinya, selepas berjaya menembusi kampung dibelakang apa yang mereka anggap KOTA KEBAL pas diSungai Pau, kemudiannya Ka,pung Bandar Hilir berjaya ditembusi, Kampung Kerawai juga berjaya dijinakkan, kemudiannya leburanapnya pas diFELDA TELOI TIMUR(tak sepatutnya adapun cawagan pas) dan bersemaraknya UMNO diKampung Batu Besar dengan kemasukan ahli keluarga terdekat YB Ahli Parlimen

Malah jika tindakan keluar pas secara berkumpulan sehingga meranapleburkan sebuah cawangan, maka tentulah tindakan itu menyebabkan paria-paria jahalun pasrael totok ini berasa tercabar, berasa terancam dan berasa 'haluih' dek tindakan ahli-ahli mereka sendiri.  Jadi untuk melepaskan tekanan dalaman ini, maka dicarilah 'subjek' untuk dijadikan kambing hitam bagi menimbulkan rasa kemenangan nan sementara. Tetapi bermaruahkah mencipta kemenangan secara begini.  Itu sahajakah kaedah yang mereka ada untuk mencipta dan meraikan kemenangan?  Sedangkan jiwa mereka seakan merasakn mereka akan kalah bertanding pada PRU13 nanti?

Kalah pula bukan sahaja di DUN Belantek, malah kerusi DUN Jeneri juga akan kembali keoada UMNO/BN malah Kerusi Parlimen Sik yang akan menyumbangkan satu lagi kekuatan untuk mempertahankan Putrajaya juga bakal diRAMPAS kembali oleh UMNO/BN hasil kerjakeras seluruh orang-irang UMNO Sik.  Kekalahan yang hampir PASTI......

 Kesan BALARAN dilengan Seyr.

 Pipi Seyr juga terkoyak kulit dan bengkak akibat
dibelasah dengan kayu mop.

 Kaki kirinya juga bengkak akibat ditendang.


 Pemuda-pemuda UMNO/BN mulai berkumpul sebagai tanda sokongan
kepada Seyr.
 Mereka melanggar perjanjian yang telah dimeterai bersama
sebelum ini.

 Kaum hawa juga turut menunjukkan sokongan dengan keluar
bersama dan dudk dibalai belakang surau.

 Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda Bahagian UMNO Sik
turut turun memberi sokongan dan semangat.

 Orang-orang UMNO sedang tekun mendengar pesanan dari 
Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda Bahagian yang mahu
mereka tidak bertindak diluar batasan undang-undang.
 Inilah kayu mop yang telah digunakan untuk mencederakan saudara
saudara Seyr.
Kayu berkenaan patah dua. Seyr pula walau dikepung oleh 20 orang
paria-paria fanatik militan hijau pasrael namun masih mampu utk
memberi TENTANGAN!

**Hai....ini belum lagi parlimen dibubarkan, belum lagi diishtiharkan tempoh berkempen, tetapi perangai puak-puak militan hijau ni dah menunjukkan isyarat yang mereka tidak akan pernah menghormati perjanjian dan undang-undang.  Betullah seperti kata YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bahawa PRU kali ini adalah PRU yang paling getir.  Belum apa-apa mereka sudah hilang sabar dan bertindak seperti otak mereka ada dilLUTUT.  Puak-puak ini tidak boleh diharap jika berjanji dengan mereka!

***Video Clip wawancara aku dgn Seyr akan menyusul...Boleh dilhat juga kelibat musibat yg memukul Seyr.  Seyr adalah anak jantan kerana telah berjaya berhadapan dengan 20 orang penganut pas yang mengangkat pas lebih dari ISLAM. KAMU HEBAT SEYR! Insiden ini bukan sahaja tidak dapat mematahkan semangant orang-orang UMNO Sik, malah menyemarakkan lagi semangat sambil berjaya menimbulkan serta memperkukuhkan perpaduan dikalangan mereka, INSYALALLAH.

Sunday 29 January 2012

Kini LIDAH TUANnya juga telah BERKONSPIRASI dengan UMNO!




Sah Anwar Ibrahim Menyokong Yahudi Zionis


Sekarang sudah sah Anwar Ibrahim menyokong yahudi zionis dan berjanji akan melindungi kepentingan israel sekiranya dia menjadi PM. Apalagi alasan penyokong Anwar didalam isu ini. Adakah masih menganggap Anwar pemimpin bersih dan suci?



Anwar lebih sayangkan yahudi zionis dan rela melihat umat islam Palestin dibunuh sewenang wenangnya

Friday 27 January 2012

DENGUSAN PENUH HASAD!!!

Dengarlah DENGUSAN dari MAKHLUK aneh ini....

Kata Pak TEH yang buat pasrael sik leTEH.


Ada ahli PAS Sik keluar parti? MANA ADA.....

Penafian akan dibuat jika ditanya kepada ahli PAS yang masih merasakan baiah mereka kepada PAS masih laku. Bagi mereka sekali join pas, pasti akan terus bersama PAS.

Itu cerita dulu...cerita di zaman PAS menipu rakyat bahawa perjuangan mereka lebih baik dari UMNO. Itu cerita di zaman PAS mewar-warkan mereka parti Islam.

Cerita hari ini sudah berbeza malah telah bertukar lenggok tarinya. Tok Ketua Pas di Sik dan di Kedah harus mengenal pasti mengapa trend kini ialah ahli PAS keluar parti. Jika sukar untuk dibuat penilaian, Pakteh ada sedikit jawapannya.

1. Kegagalan penceramah PAS memberikan info yang betul. Penceramah PAS yang didatangkan khas dari luar Sik beranggapan penduduk Sik ni lebih KUNO dari penduduk asli lembah Amazon. Majoriti rakyat Sik tahu hal sebenar tentang RM500 tapi penceramah dok pi pusing putar alam sampai ahli Pas sendiri loya termuntah dengaq.

2. Kebodohan jentera parti. Sik ni hampir 99% Melayu, dan Melayu ni darah asalnya jangan dibuang seperti kain buruk. Mengapa kerana TAKSUB buta tuli, Jentera bawah hangpa pi pasang bendera DAP di Kota Aur?. UMNO ni dah lama kawan dengan MCA dan MIC tapi ada ka pernah nampak bendera MIC n MCA or Gerakan di Sg Pau? di Belantik? di Jeneri?. hahaha...skang orang kampung dok bisik-bisik....baru bekawan dan kena naik bendera DAP di Kota Aur...apa lagi kalau memerintah..........sendiri mau ingat la...

3. Kegagalan mengasingkan kuasa. Pas menjadikan kerajaan negeri sebagai milik parti. Faktor ini menyebabkan berlaku pertindihan arahan, kekeliruan, malah keputusan BODOH serta kucar kacir dalam menguruskan Kedah. Hal ini terbawa sehingga ke akar umbi dan akhirnya begitu banyak tanah-tanah rizab dipugar oleh puak Pas yang berpandangan mereka boleh buat sesuka hati kerana mereka kini memerintah. UMNO yang telah sekian lama memerintah sudah meninggalkan puluhan tahun perasaan sebegitu malah kini surat sokongan dari YB/Ketua Bhg sudah tidak laku malah dikeluarkan pekeliling oleh kerajaan.

4. Isu Madrasah Salihiah yang gagal ditangani dengan baik. MB Azizan sukar membuat penjelasan yang bersungguh-sungguh malah sekadar menunjukkan ego apabila membuat kenyataan akan meneruskan projek Aman Central. Pakteh sendiri merasakan projek ini wajar diteruskan cuma masalah kecil dalam kes Madrasah Salihiah perlu dibereskan. Persoalan mengapa Mufti hanya membenarkan selepas berlaku penjualan perlu dijawab. Jika semudah isu ini gagal ditangani, menyerahlah pada UMNO yang pelbagai isu dapat ditangani dengan mudah malah memberi kepuasan kepada rakyat. ** Pakteh berada dalam majlis taklimat oleh Mufti dalam isu pemindahan tanah perkuburan terbesar di Asia untuk projek Empangan Beris.

5. Isu Air..............................................Syarikat Air Datuk Azizan SADA ini memberi pukulan KO kepada PAS. Tak perlu Pakteh cerita panjang lebar.

6. Pergolakan dalaman. Jangan hanya melihat pergolakan di Selangor. Lihat juga di Kedah atau nak kecilkan lagi skop, lihat sepak terajang politik dalaman Pas di Sik. Jika nak tulis apa yang diceritakan oleh suara-suara Pas....aduih....mungkin inilah parti politik yang paling busuk pernah mentadbir negeri. Mengaku parti Islam tapi indah hanya dipermukaan, pergolakan di dasar penuh dengan taik dan sampah.

7. Syok Sendiri atau SS. Harap maklum...SS bukan Sanusi Setpol tapi Syok Sendiri. Tak buat kerja apabila memerintah dan bila buat kerja......dah merasakan itulah hasil terbaik. Langsung tidak menoleh apa UMNO dah buat untuk kebaikan rakyat.

8. Kerja kuat UMNO Sik. Sejak PRU12 dan Sik mempunyai Ketua UMNO yang baru iaitu YB Datuk Tajuddin Abdullah, gerak kerja ke peringkat akar umbi menjadi agenda utama. Perwatakan dan kerja keras beliau di setiap pelusuk kampung menjadikan UMNO Sik melekat di hati. CUMA YB Datuk Tajuddin harus ingatkan JKKKP agar berhati-hati dalam memberi khidmat kepada rakyat. Nasihatkan juga JKKKP Kg Batu Seketul, BB Beris Jaya, Saudara Mansur.....Wang RM500 untuk semua rakyat yang berkelayakan, bukan untuk ahli UMNO sahaja dan jangan guna ayat "ahli PAS tak layak terima" atau apa sahaja ayat yang boleh mencantas hasrat PM memberi bantuan kepada semua rakyat yang berkelayakan.

9. Kerja keras oleh Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia sejak dilantik menjadi PM telah menawan hati rakyat. Konsep 1Malaysia diterima baik dan Pakteh percaya.......Faktor Najib menjadi wadah terbaik untuk UMNO/BN memenangi hati rakyat.

10. Kerosakan yang dibawa oleh Anwar ke dalam Pas menyebabkan Pas bukan sahaja kehilangan pengundi malah kehilangan ahli. Inilah natijahnya apabila berkawan dengan perosak negara seperti Anwar Ibrahim.

Pakteh amat yakin PRU13, Sik akan menjadi bukti penerimaan kembali UMNO oleh rakyat. Auranya begitu terasa malah rakyat Sik seperti sudah tidak sabar untuk menghumban Pas ke lembah kekalahan.

UMNO Sik dapat Anak Baru. passik makin CELARU!

Kat FELDA Teloi Timur SATU KAPAL PASrael KARAM PUNAH RANAH!  Semua depa naik kapal baru yang TEGUH KUKUH.  Satu lagi cawangan baru ditubuhkan. CAWANGAN SINAR BARU menjadi anak bongsu yang akan membesar dengan penuh JASA. Hari ini kira-kira 200 orang bekas ahli pasrael sertai UMNO bagi memperkukuhkan UMNO/BN Sik khasnya dan Kedah amnya.  Impian merampas kembali Kedah dari kalangan BERUK DAPAT BUNGA insyaAllah akan menjadi kenyataan!!!

 Shahril Yahya, yang menjadi jurucakap kepada kumpulan
bekas pasrael.

 Kad perwakilan ini adalah sebagai bukti yang mereka pernah 
benar-benar menjadi ahLIPAS sebelum ini.
Rashidi, bekas setiausaha MKK yang telah sedar dan
insaf bahawa pas sebenarnya lebih memuja
kepalsuan.

PASSIK Makin Condong Nak Tersembam


Eksklusif !!! cerita panas Ahli PAS masuk UMNO..

Kubu Kuat PAS Sik Kedah berjaya BN tawan
Tahniah YB Datuk Mohd Taijudin (Adun Belantik)


Semalam Team Media Kedah telah pergi ke satu perkampungan yang cukup terkenal dengan perkampungan Hard core PAS Sik,Kedah..bertempat di Kampung Batu Besar Mukim Teloi Tua Sik,yang kini ramai penduduknya mula sudah berubah angin keluar dari PAS,

Kalau dulu BN jangan harap la nak masuk kampung ni,,nak pacak bendera BN pun jangan mimpi la,,namun kini dalam sejarah  angin perubahan telah melanda di kampung tersebut,,seramai 61 orang ahli PAS telah keluar dari PAS termasuk lah sepupu dan juga Mak Saudara Ahli Parlimen Sik,dan selepas ini ada lagi yang akan menyertai UMNO dalam masa terdekat,kalau tak percaya tanya la Ahli Parlimen Sik,,siapa dalam gambar bawah ni..

Mek Endang Bt Jusoh

Ahli Parlimen Sik kenal tak wanita ini ??? bukankah wanita ini adalah Ibu Saudara Ahli Parlimen Sik....bukan kah wanita ini pernah menyuap makan dan basuk punggong Ahli Parlimen Sik,,Setelah menjadi Ahli Parlimen selepas PRU 12,,pernah tak sekali Ahli Parlimen Sik jejak kaki melawat wanita ini yang pernah satu ketika menjaga Ahli Parlimen Sik?? sedangkan wanita ini bercerita pada Team Media Kedah walau pun Ahli Parlimen berceramah berhampiran rumah wanita ini,,sekali pun tak pernah di ziarahnya... wanita ini bukan sekadar ibu saudara Ahli Parlimen Sik malahan adalah penyokong kuat PAS dan juga Ahli Parlimen Sik di masa PRU 12,

Abdul Wahab Shaari

Ahli Parlimen Sik kenal tak lelaki ini ?? Bukankah lelaki ini sepupu Ahli Parlimen Sik ?? dan juga pengerak PAS sehingga Ahli Parlimen Sik boleh menang pada PRU 12..untuk pengetahuan semua,Pak Long ni sudah 30 tahun lebih menjadi hard core PAS di Mukim Teloi Tua,Sik.Kedah..
dulu kalau BN nak pacak bendera di Kampung tersebut,,BN perlu berhadapan dengan Pak Long ni dulu..sehingga tak berani BN nak pasang bendera..namun kini Pisau Kedah rasa berbangga,,di hadapan rumah Pak Long ni telah ada Bendera BN dan UMNO dan tak siapa berani usik bendera tersebut..

Zainudin B Abdul Wahab (Apit)

Apit anak sepupu Ahli Parlimen Sik,,pemuda PAS pertama yang memasuki UMNO,dia merasa amat kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Sik,,dia juga antara orang yang aktif di dalam PRU 12 berjuang untuk PAS..namun kini dia merasa sia-sia berada di dalam PAS...

Mat Isa

Mat Isa antara penyokong kuat PAS mukim Teloi Tua,merupakan Ahli PAS sejak azali lagi,,niat untuk Mat Isa memasuki UMNO sudah lama,,setelah kecewa dengan Ahli Parlimen Sik,Adun Jeneri dan juga MKK,, tapi keingginan Mat Isa memasuki UMNO tiba kemuncaknya bila peristiwa anaknya terlibat dengan kemalangan,,tak seorang pun wakil PAS yang datang menziarah,sedang pernah sekali ceramah di adakan berhadapan dengan rumahnya hanya beberapa meter sahaja tak sampai 10 meter untuk Adun,dan Ahli Parlimen Sik melangkah kerumahnya menziarahi anaknya yang memerlukan bantuan,,namun yang datang menziarahi anaknya dan memberi bantuan merupkan kerusi roda adalah Adun BN (YB Datuk Taijudin) yang sebelum ini di anggapnya musuh..

Shukri b Wahab (Mat)

Abdul Rahman Abdullah


Abang Mat dan juga Abg Man,,merupakan penyokong  kuat PAS sejak azali lagi..dulunya kalau kerat tubuh mereka berdua keluar darah hijau,,begitulah perumpamaan yang Pisau Kedah berikan,,bertapa hard core nya mereka bersama PAS,,namun kekecewaan mereka adalah kerana sikap PAS sudah berubah dari perjuangan sebenar memperjuangkan Islam,,tambahan pulak pemecatan Hasan Ali menjadi penyebab juga mereka keluar dari PAS..

Mereka semua ini adalah orang yang membawa masuk BN di Kampung Batu Besar,Mukim Teloi Tua,Sik.dan menjadi sejarah apabila buat kali pertamanya BN menjejak kaki di tempat berkenaan,,Di sini Pisau Kedah juga nak memperinggati UMNO dan juga Ketua Bahagian Sik,,jangan lupa jasa mereka ini,,kerana jasa mereka,,seramai 61 orang telah menyertai UMNO dan tinggalkan PAS,,dan lebih banyak lagi akan tinggalkan PAS di Kampung berkenaan..semoga mereka di hargai..

Che Uda Che Nik (Ahli Parlimen Sik-PAS)


 Yahaya Abdullah (Adun Jeneri-PAS)

Ahli Parlimen dan juda Adun ini akan merima akibatnya pada PRU 13 ini,


Pisau Kedah :-

Nantikan ada lagi berita tergempar yang akan Team Media Kedah dedahkan hari ini...




Thursday 26 January 2012

KAKI TORON NI DAH TERKANTOI!!!

ANDREW HORNERY TERKEDU 
PEMBOHONGANNYA TERBONGKAR
>> WEDNESDAY, 25 JANUARY 2012

Dari blogger Johotpolitico
http://www.johorpolitico.com/







Memang betul lah wartawan gossip Australia, Andrew Hornery ni berhak dianugerahkan pingat "Australia's Worst Journalist" kerana fitnah dia tentang DS Rosmah spend lebih RM300,000 untuk shopping di Sydney telah pun disangkal oleh Carl Kapp, pereka fesyen yang konon adalah sumbernya. READ MORE

Kenyataan Kapp itu membuktikan lagi kepada kita betapa Gossip Queen Andrew Hornery itu tidak ada kredibiliti sebagai seorang journalist dan memang betullah mamat ni suka menulis ikut imaginasi dia sendiri dan tidak bersandarkan fakta. READ MORE

Kapp di dalam kenyataannya kepada Malaysiakini juga hairan bagaimana Andrew ni boleh dapat figure RM300,000 sedangkan beliau sendiri tidak pernah memberitahu jumlah sebenar pembelian yang didakwa dilakukan oleh DS Rosmah. 

Nampak gayanya, mamat ni segaja mereka-mereka jumlah itu untuk tujuan mensensasi lagi berita, mungkin untuk melayan permintaan "kawan baiknya" di Malaysia. 

Kapp turut berkata, laporan oleh wartawan gosip songsang itu juga tidak benar sama sekali tentang dakwaan beliau telah diterbangkan ke Malaysia, sekaligus membuktikan kepada kita sekali lagi bahawa Andrew Hornery ini memang suka temberang di dalam di kolumnya.

Dalam satu lagi laporan dalam Malaysiakini,  mamat Andrew ini juga ditanya tentang anugerah Australia's Worst Journalist yang diterimanya sebanyak dua kali. Dia kata anugerah itu tak ada merit dan dilakukan oleh orang yang tidak suka dengan tulisannya. 

Macam mana orang tu nak suka dengan tulisannya kalau ia penuh dengan pembohongan dan kepalsuan. 

JP lihat anugerah Australia's Worst Journalist yang yang dimenangi oleh Andrew itu sebagai penuh merit dan beliau memang berhak ke atasnya berdasarkan pembohongan dalam tulisannya mengenai DS Rosmah.  
Baca lagi pendedahan mengenai wartawan Horny Hornery di blog Johorpolitico
http://www.johorpolitico.com/2012/01/orang-australia-kata-andrew-hornery.html